Close

Astro kekalkan saluran RTM – Dua saluran baru akan ditawarkan

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Astro Malaysia Holdings Berhad bersetuju memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan kandungan berkualiti dapat diakses atau dinikmati rakyat. Dengan pengumuman ini, penamatan saluran RTM bermula 1 Julai di platform Astro tidak akan diteruskan.

Melalui kerjasama ini, saluran TV1, TV2 dan TV Okey akan terus ditawarkan melalui platform Astro, NJOI dan Sooka. Selain itu, saluran lain seperti Berita RTM, Sukan+ serta rangkaian saluran radio RTM akan turut disediakan di platform tersebut dalam masa terdekat.

RTM dan Astro komited memperluas inisiatif yang mampu merancakkan pembangunan kandungan tempatan selain memperkasa bakat kreatif negara. Kedua-dua pihak berkongsi aspirasi untuk mewujudkan ekosistem media yang mampan, mesra pengguna serta memberikan nilai terbaik kepada rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN