fon lipat pertama dari Apple iaitu iPhone fold berkemungkinan akan menggunakan teknologi engsel berasaskan ‘liquid metal’.

Menurut laporan, Apple akan menggunakan bahan liquid metal pada engsel fon lipat pertama mereka. Apple dikatakan telahpun menguji bahan tersebut selama 15 tahun dan sedia untuk menggunakan secara meluas.
Penggunaan liquid metal pada engsel dikatakan mampu meningkatkan ketahanan mekanikal disamping mengurangkan tekanan pada bahagian lipatan. Selain engsel, kerangka utama iPhone Fold dilaporkan akan menggunakan bahan titanium baru yang lebih kukuh dan ringan berbanding yang digunakan pada iPhone Pro semasa.
Penggunaan bahan binaan yang premium menunjukkan Apple memfokuskan kepada ketahanan dan jangka hayat peranti. iPhone Fold dikatakan hadir dengan skrin luar bersaiz 5.8-inci dan skrin dalam bersaiz 7.85-inci.