Close

TikTok bakal kenakan caj baru untuk pesanan yang berjaya dihantar

TikTok bakal mengenakan caj RM0.50 untuk setiap pesanan yang berjaya dihantar. Caj baru ini dinamakan sebagai Platform Support Fee dan akan dilaksanakan bermula 15 Februari 2026.

Caj baru ini terpakai untuk semua penjual merangkumi Mall dan juga Marketplace. Caj ini hanya dikenakan bagi setiap pesanan yang berjaya tanpa menggira kuantiti barang atau nilai pesanan tersebut.

Tiada pemulangan atau bayaran balik kepada penjual sekiranya pesanan berjaya dihantar tetapi dipulangkan. Namun, sekiranya pembelian dibatalkan sebelum penghantaran caj tersebut akan dipulangkan.

Caj ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan semula untuk meningkatkan ekosistem e-dagang yang merangkumi infrastruktur, logistik, dan pengalaman pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN