Close

China haramkan ‘Hidden door handles’ – Berkuat kuasa 1 Januari 2027

China melalui Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), mengumumkan larangan rasmi penggunaan pemegang pintu kereta yang boleh disorok atau tersembunyi berkuat kuasa 1 Januari 2027.

Larangan tersebut dibuat selepas beberapa insiden kemalangan maut melibatkan EV disebabkan oleh kegagalan kuasa yang mengakibatkan pintu kereta tidak dapat dibuka, sekali gus menyukarkan mangsa untuk diselamatkan atau menyelamatkan diri.

Melalui peraturan yang dikeluarkan oleh MIIT, semua kenderaan yang dijual mestilah mempunyai mekanisme pembuka pintu secara mekanikal pada bahagian dalam dan luar. Pemegang pintu mesti mempunyai ruang lekuk minima 6cm x 2cm x 2.5cm untuk membolehkan tangan memegang dan menarik secara manual. Selain itu, label atau tanda arahan yang diletakkan perlu jelas menunjukkan cara untuk membuka pintu secara manual.

Kerajaan China memberi tempoh peralihan selama dua tahun untuk pengeluar mengemas kini reka bentuk pintu bagi model kenderaan yang telah mendapat kelulusan dan berada diperingkat akhir untuk memasuki pasaran China.

Walaupun peraturan ini hanya terpakai untuk pasaran China, namun ia dijangka akan memberi kesan di peringkat global memandangkan China merupakan pasaran dan pengeluar kenderaan elektrik terbesar di dunia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN