Sepanyol dan Greece bakal menjadi negara terbaru yang akan melaksanakan larangan media sosial untuk kanak-kanak dan golongan muda.
Perdana Menteri Sepanyol iaitu Pedro Sánchez, menyatakan larangan media sosial untuk kanak-kanak adalah perlu kerana golongan tersebut kini terdedah kepada persekitaran digital yang berbahaya tanpa perlindungan yang mencukupi.

Berikutan dari itu, Sepanyol merancang untuk melarang penggunaan media sosial kepada remaja bawah 16 tahun. Manakala untuk Greece, larangan yang serupa akan dilaksakanan untuk kanak-kanak bawah 15 tahun.
Beberapa negara lain seperti India dan Perancis turut merancang untuk melaksanakan larangan yang sama. Setakat ini, hanya Australia sahaja yang telah melaksanakan larangan tersebut dengan denda sekitar A$49.5 juta (RM 138 juta) akan dikenakan kepada platform sekiranya gagal menghalang pengguna bawah umur.
Pelaksanaan yang sama akan turut dilakukan di Malaysia yang dijangka bermula Julai 2026. Perbincangan dengan penyedia plaform juga telah dimulakan untuk mengenal pasti pendekatan paling berkesan dan ia akan dilaksanakan selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA).