Perkongsian fail antara pengguna Android dan iOS bakal diperluaskan kepada semua peranti tidak lama lagi. Sebelum ini, perkongsian fail melalui Quick Share dan AirDrop hanya menyokong siri Pixel 10 sahaja.
Menurut Naib Presiden Kejuruteraan di Google iaitu Eric Kay, perkongsian fail melalui Quick Share ke AirDrop akan diperluaskan kepada lebih banyak peranti. Google ketika ini, sedang melakukan pelbagai ujian dan kerjasama untuk memastikan ciri ini tersedia kepada semua peranti.

Ciri tersebut dijangka akan tiba pada tahun ini berikutan Google telahpun menaik taraf aplikasi penuh dengan nama Quick Share Extension untuk membolehkan ia digunakan pada peranti lain selain Google Pixel.
Ketika ini, perkongsian fail dari Android ke iPhone hanya boleh dilakukan melalui aplikasi pihak ketiga. Beberapa pengeluar seperti OPPO dan Xiaomi mempunyai aplikasi khas untuk perkongsian rentas platform, menunjukkan ciri ini mempunyai permintaan yang tinggi oleh pengguna.