Close

Astro tak lagi menawarkan saluran HBO bermula 1 Mac 2026

Astro mengumumkan saluran HBO yang merangkumi HBO HD, Cinemax HD, HBO Family dan HBO Hits tidak lagi ditawarkan bermula 1 Mac 2026.

Pendekatan ini diambil untuk membolehkan pengguna lebih memfokuskan kepada penawaran melalui aplikasi HBO Max. Pengguna masih boleh menonton kandungan HBO melalui aplikasi HBO Max, boleh dilanggan secara berasingan dengan harga bermula RM24.90 untuk sebulan.

Menurut Astro, saluran HBO akan diganti dengan empat saluran baru iaitu Astro Showtime, Rock X Stream, Rock Action dan juga Astro FAM Time. Walau bagaimanapun, hanya tiga saluran sahaja akan ditawarkan bermula 1 Mac manakala untuk Astro FAM Time ia akan bermula 1 April 2026.

Untuk pelanggan Pek Movies dan Pek Epic Astro One akses aplikasi Prime Video dan Disney+ akan terus diterima tanpa sebarang caj tambahan.

ARTIKEL BERKAITAN