Close

iPhone 18 Pro mungkin hadir dengan ‘Dynamic Island’ yang lebih kecil

Saiz Dynamic Island yang akan digunakan pada iPhone 18 Pro dikatakan lebih kecil berbanding pada iPhone 17 Pro.

Menurut laporan, Apple mungkin akan mengecilkan saiz Dynamic Island pada iPhone 18 Pro, sekitar 35% lebih kecil berbanding iPhone 17 Pro. Perkar tersebut merujuk kepada imej screen protector atau pelindung skrin yang tertiris, memperlihatkan saiz potongan Dynamic Island pada iPhone 18 Pro adalah 13.49 mm berbanding 20.76 mm pada iPhone 17 Pro.

Apple dikatakan memindahkan beberapa komponen Face ID ke bawah skrin untuk membolehkan ruang tersebut dikecilkan tanpa perlu membuang Dynamic Island. Keupayaan ini berkemungkinan persediaan Apple ke arah teknologi skrin penuh dengan sistem under-display Face ID.

Walaupun terdapat perubahan pada Dynamic Island, namun saiz bingkai skrin pada iPhone 18 Pro dikatakan kekal sama seperti generasi sebelumnya.

Dengan rekaan Dynamic Island yang lebih kecil ia bakal memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dalam masa yang sama mengurangkan masalah mengganggu pada skrin.

ARTIKEL BERKAITAN