Pada acara NAB Show 2026, Insta360 telah memperlihatkan peranti baru iaitu siri Insta360 Luna. Luna merupakan kamera gimbal kompak dan akan menjadi pencabar kepada DJI Osmo Pocket.

Malangnya, kedua-dua model tidak diperlihatkan sepenuhnya sebaliknya peranti tersebut diletakkan didalam kotak kaca yang kabur. Namun begitu, beberapa maklumat mengenai peranti tersebut telah disahkan.

Insta360 Luna akan ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu Luna Pro dan Luna Ultra. Untuk Luna Pro, ia akan dilengkapi dengan satu kamera manakala Luna Ultra akan dilengkapi dengan dua kamera iaitu kamera utama dan telefoto.
Menariknya, Kedua-dua model ini dibangunkan dengan kerjasama Leica, sekali gus menjanjikan kemampuan kamera yang lebih baik. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan sensor sebesar 1-inci yang menyokong aperture f/1.8 dan rakaman video 10-bit color.
Tiada maklumat mengenai ketibaan peranti ini yang dikongsi buat masa ini. Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan peranti ini akan tiba dalam masa terdekat.