Tahukah anda, masalah storan penuh boleh menyumbang kepada beberapa masalah seperti aplikasi tidak boleh dikemas kini, gambar atau video tidak boleh disimpan dan apa yang lebih teruk ia mungkin boleh menyebabkan prestasi peranti menurun.
Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi beberapa cara mudah untuk melakukan pembersihan storan.
Guna aplikasi ‘Files by Google’

Secara asasnya, aplikasi ini adalah pengurus fail tetapi turut menyokong ciri untuk pembersihkan fail atau data dengan cara yang lebih mudah dan pantas.
- Buka aplikasi Files dan pergi ke bahagian ‘tab’
- Seterusnya pilih ‘Clean
- Pada bahagian ‘Clean’ pilih file atau data yang ingin dibersihkan
- Selepas pilih fail atau data tekan ‘Clean’
- Seterusnya, pergi ke bahagian ‘bin’
- Pilih ‘All items’ dan tekan ‘delete’
- Proses selesai
Buang ‘Cache’ aplikasi secara berkala

Tahukah anda, aplikasi seperti Instagram, Facebook dan TikTok menyimpan data sementara atau cache dalam kapasiti yang besar. Dengan membersihkan secara berkala ia memberikan peranti mempunyai ruang simpanan yang besar.
- Pergi ke Settings > Apps > Manage apps
- Pilih aplikasi yang kerap digunakan (contoh: Telegram atau Facebook).
- Klik pada Storage & Cache dan pilih Clear Cache
Nota: Jangan pilih ‘Clear Data’ kecuali anda sedia untuk log masuk semula ke aplikasi.
Padam aplikasi yang jarang digunakan

Kebanyakan pengguna cenderung untuk memasang aplikasi yang jarang digunakan atau sekali sahaja digunakan. Berikutan itu, anda disarankan untuk membuang aplikasi yang jarang digunakan.
- Buka Google Play Store, klik ikon profil anda
- Pilih Manage apps and device > Manage
- Klik pada ‘filter’ dan pilih Least used
- Pilih aplikasi dan tekan ‘delete’