Microsoft menyarankan 32GB RAM sebagai konfigurasi yang lebih baik dan pratikal untuk penggunaan jangka masa panjang.

Melalui dokumen sokongan yang diterbitkan oleh Microsoft, menyatakan konfigurasi 32GB RAM adalah pratikal untuk jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, saranan tersebut lebih terarah kepada penggunaan berat seperti permainan dan sebagainya.
Selain itu, konfigurasi 16GB RAM kini adalah keperluan minimum untuk permulaan yang lebih pratikal berbanding sebelum ini 8GB RAM. Malangnya, dokumen sokongan ini telahpun dipadam tidak lama selepas itu.

Saranan atau cadangan tersebut dilihat sesuai dengan perkembangan teknologi dengan kebanyakan apliksi atau permainan memerlukan memori yang lebih besar dan semakin banyak aplikasi yang dijalankan secara serentak.