Samsung Malaysia secara rasmi memperkenalkan barisan baru siri TV AI 2026 yang merangkumi model premium seperti Micro RGB, OLED dan Neo QLED serta model popular iaitu Mini LED dan UHD.

Siri TV AI 2026 ini membawakan pengalaman hiburan rumah yang lebih pintar dan juga imersif. Selain itu, barisan ini turut hadir dengan pelbagai ciri AI terbina selari dengan visi syarikat. Seiring dengan itu, Samsung membawakan Vision AI Companion (VAC), menggabungkan platform seperti Bixby, Perplexity dan Microsoft Copilot bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih pintar.
Samsung turut membawakan beberapa ciri AI seperti AI Upscaling Pro, Color Booster Pro, AI Soccer Mod dan juga AI Sound Controller Pro. Ciri ini menjanjikan pengalaman visual serta audio menjadi lebih baik dan lebih imersif.

Sempena ulang tahun ke-20, Samsung membawakan teknologi Micro RGB yang ditawarkan pada siri R95H dan R85H. Teknologi ini menggunakan LED yang dikawal secara individu untuk menghasilkan warna lebih tepat, kontras lebih mendalam dan tahap kecerahan lebih tinggi. Samsung turut melengkapkan model ini dengan teknologi Glare Free bagi mengurangkan pantulan cahaya.
Siri R95H dan R85H ditawarkan dengan pilihan saiz 65-inci hingga 115-inci dan dijual pada harga bermula pada RM14,999 sehingga RM29,999. Sempena ketibaannya, Samsung Malaysia menawarkan diskaun sehingga RM6000 dan layak menerima pelbagai hadiah percuma yang lain seperti Galaxy Z Flip7, Galaxy Tab S10 Lite dan Monitor M5 27 inci.