Fon lipat pertama dari Apple nungkin akan dilengkapi dengan sistem penyejukan’ Vapor Chmber’ bagi menyelesaikan masalah kepanasan dalam masa yang sama mengekalkan prestasi peranti dengan lebih baik dan konsisten.

Menurut maklumat, fon lipat pertama dari Apple yang mungkin akan dikenali sebagai iPhone Ultra akan dilengkapi dengan sistem penyejukan vapir chamber. Penggunaan vapor chamber membolehkan haba daripada cip dipindahkan atau disebarkan dengan lebih cekap bagi membantu mengekalkan prestasi yang konsisten.
Apple dikatakan berjaya mengintegrasikan sistem penyejukan tersebut walaupun peranti itu dijangka hadir dengan reka yang sangat nipis apabila dibuka sepenuhnya. Walau bagaimanapun, teknologi sistem penyejukan ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Apple memandangkan ia telah digunakan pada iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.
Selain itu, iPhone Ultra dijangka akan dilengkapi dengan teknologi engsel berasaskan liquid metal, meningkatkan ketahanan serta mengurangkan kesan lipatan pada skrin. Sekirannya laporan ini tepat, ia menunjukkan Apple kini memandang serius terhadap masalah haba dan juga ketahanan.