Close

WhatsApp Plus kini tersedia di Malaysia – Harga langganan RM3.50 sebulan

WhatsApp Plus kini tersedia untuk pengguna di Malaysia ditawarkan dengan harga RM3.50 untuk sebulan.

Buat yang tidak mengetahui, WhatsApp Plus merupakan pelan langganan berbayar yang ditawar untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik bersama dengan pelbagai ciri tambahan yang eksklusif.

Antara ciri tambahan yang akan dimuatkan pada WhatsApp Plus adalah seperti pilihan tema, warna dalam aplikasi, nada dering dan pelekat eksklusif. Bukan itu sahaja, pengguna WhatsApp Plus boleh melakukan pin sehingga 20 mesej berbanding 3 untuk pengguna percuma.

Pengguna WhatsApp Plus turut boleh menukar atau mengubah ikon aplikasi. Terdapat 15 pilihan ikon yang tersedia dalam pelbagai pilihan warna. Selain itu, lebih banyak ciri baru akan diperkenalkan selepas perkhidmatan tersebut diperkenalkan.

Bagi yang ingin mencuba, WhatsApp Plus ditawarkan secara percuma selama sebulan untuk pengguna baru.

Untuk versi percuma, fungsi asas aplikasi masih lagi tersedia dan boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang bayaran.

ARTIKEL BERKAITAN