Selepas beberapa kali ditangguhkan, permainan Grand Theft Auto VI (GTA 6) akhirnya tiba secara rasmi. Permainan ini telahpun dibuka untuk pra-tempahan bermula 25 Jun 2026. Seiring dengan ketibaanya, kami ingin berkongsi perkara menarik dan kurang menarik mengenai permainan GTA 6.
Perkara menarik
Tiba pada 19 November 2026

Permainan GTA 6 boleh dipra-tempah bermula 25 Jun 2026, namun permainan tersebut hanya boleh dimainkan bermula 19 November 2026. Pengguna yang melakukan pra-tempah boleh mula memuat turun permainan bermula 12 November 2026.
Tersedia dalam dua edisi

Ditawarkan dalam dua edisi iaitu Standard Edition dengan harga RM339 dan Ultimate Edition dengan harga RM419. Untuk edisi paling mahal ia didatangkan dengan Ultimate Edition Upgrade, tawar pelbagai koleksi eksklusif dalam permainan seperti kenderaan premium, senjata, pakaian dan lain-lain.
Play Best on PS5

Permainan GTA 6 dilabel sebagai “Plays Best on PS5”, bermaksud permainan ini paling sesuai dimainkan pada konsol tersebut. Melalui ciri ekslusif yang ada pada PS5, membolehkan GTA 6 ini dimainkan dengan lebih imersif dan lebih menarik. Antara ciri utama yang dimanfaatkan ialah teknologi haptic feedback pada DualSense, Tempest 3D Audio dan juga intergrasi pembesar suara pada DualSense.
Dua watak utama

Buat pertama kali dalam siri GTA, Rockstar membawakan dua watak utama iaitu Lucia dan Jason. Kedua-duanya merupakan pasangan jenayah yang bekerjasama dalam setiap misi, memberikan pengalaman cerita yang lebih menarik berbanding GTA sebelum ini.
Perkara kurang menarik
GTA 6 ‘disc free’

Tiada versi cakera untuk GTA 6 sebaliknya versi fizikal ditawarkan melalui kod muat turun atau ‘code-in-the-box’. Antara sebab versi cakera tidak ditawarkan adalah kerana saiz fail permainan yang besar dan mengelakkan scalper atau permainan bocor sebelum diperkenalkan. Walau bagaimanapun, terdapat laporan menyatakan versi fizikal mungkin tiba pada awal 2027.
Hanya untuk PS5 dan Xbox Series X|S

Permainan GTA 6 hanya tersedia pada konsol PlayStation 5 dan juga Xbox Series X|S sahaja buat masa ini. Tiada maklumat mengenai ketibaan permainan ini pada platform lain seperti PC atau Nintendo.
Tidak menyokong PS4

Bagi pengguna PlayStation 4, permainan ini tidak boleh dimainkan atau tidak menyokong pada konsol PS4. Jadi, sekiranya anda masih mahu bermain GTA 6 pilihan yang ada untuk ketika ini ada naik taraf kepada PS5.
Hanya mod ‘single player’

Grand Theft Auto VI (GTA 6) hanya menawarkan mod pemain tunggal (single-player) ketika permainan ini dilancarkan pada 19 November 2026. Rockstar mahupun PlayStation tidak menyatakan sebarang maklumat mengenai mod dalam talian atau pengganti kepada GTA Online. Selain itu, status mod multiplayer masih belum diumumkan secara rasmi oleh Rockstar Games.