Close

Instagram kini menyokong integrasi Shopee Affiliate

Instagram kini menyokong ciri Shopee Affliate untuk pengguna di Malaysia, membolehkan pencipta kandungan menjana komisen daripada pembelian yang layak di Shopee.

Melalui Instagram Affliate Partnership, pencipta kandungan boleh meletakkan produk Shopee dalam kandungan Reels atau Feed dengan produk tersebut akan mempunyai ikon beli-belah dan label ‘comssion eligible’. Melalui ciri ini, pengguna atau pencipta kandungan tidak lagi perlu meletakkan pautan pada bio profil.

Untuk mula menggunakan ciri ini, akaun Instagram pengguna mestilah akaun Profesional seterusnya mempunyai sekurang-kurangnya 1000 pengikut. Untuk mula mengaktifkan Shopee Affliate, pergi ke profil di Instagram, pilih bahagian Professional Dashboard > Affiliate Programmes > Shopee. Seterusnya, pautkan profil Instagram kepada akaun Shopee anda.

Selepas proses berjaya, anda boleh mula melakukan perkongsian pautan dengan memilih Add Products > Shopee Affliate

ARTIKEL BERKAITAN