Xbox mengumumkan penstrukturan semula yang terbesar dalam sejarah syarikat mereka dengan kira-kira 3200 pekerja dijangka terjejas.
Pengumuman itu dibuat oleh CE0 Xbox iaitu Asha Sharma, menjelaskan syarikat perlu melakukan ‘reset’ bagi mengembalikan semua prestasi perniagaan selepas berdepan dengan pertumbuhan yang lebih perlahan daripada jangkaan.

Berikutan dari itu, 1600 pekerja akan diberhentikan secara serta merta manakala baki pengurangan tersebut akan dilakukan secara berperingkat sepanjang tahun 2027. Penggurangan ini melibatkan beberapa bahagian seperti Activision, Bethesda, Blizzard, King, Mojang dan Xbox Game Studios.
Bukan itu sahaja, studio Compulsion Games, Double Fine, Ninja Theory, Undead Labs dan Arkane Lyon akan dikendalikan atau beropersi dibawah pengurusan baru. Sementara itu, pembangunan Senua dan State of Decay 3 akan diteruskan seperti yang dirancang dengan menggunakan dana tambahan.
Selain mengurangkan tenaga kerja, Xbox turut merancang untuk merombak struktur organisasi mereka dengan mengurangkan lapisan pengurusan dari lima peringkat kepada tiga peringkat bagi mempercepatkan proses membuat keputusan serta meningkatkan kecekapan operasi.