Apple dikatakan telah mula menguji cip memori DRAM keluaran syarikat China iaitu ChangXin Memory Technologies (CXMT).
Menurut maklumat, penggunaan RAM buatan China hanya akan melibatkan model yang dijual di pasaran China sahaja, tidak merangkumi pasaran global. Langkah tersebut dikatakan untuk mengurangkan tekanan atau kritikan daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Sebelum ini, kerajaan AS telahpun menyenaraikan CXMT dan Yangtze Memory Technologies (YMTC) dalam Entity List, iaitu senarai syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan pihak tentera China. Walaupun bagaimanapun, urusan perniagaan dengan syarikat tersebut tidak diharamkan sepenuhnya.
Keputusan untuk mempertimbangkan penggunaan RAM buatan China ini turut dipengaruhi dengan keadaan pasaran memori semasa. Permintaan tinggi daripada pusat data kecerdasan buatan (AI) telah menyebabkan bekalan cip memori daripada pengeluar utama di luar China semakin terhad.