Kemas kini Public Beta untuk iOS 27 akhirnya tiba untuk pengguna, membolehkan pengguna mencuba dan merasai pelbagai fungsi baru pada iOS 27 lebih awal sebelum versi stabil tiba.

Sebelum ini, iOS 27 hanya tersedia dalam versi pembangun atau Developer untuk tujuan ujian. Kini, semua pengguna boleh memuat turun dan mencuba tanpa perlu menggunakan akaun pembangun. iOS 27 dilihat lebih memfokuskan kepada keupayaan AI yang lebih pintar bersama dengan beberapa peningkatan yang lain.
Apple Intelligence kini lebih bijak dan lebih peribadi, dibangunkan dengan kerjasama Google Gemini. Pembantu maya Siri menerima peningkatan besar dengan integrasi Apple Intellingence sepenuhnya dan dikatakan sebagai Siri paling pintar yang pernah dibangunkan.

Dari segi prestasi, iOS 27 kini 30% lebih pantas dalam membuka aplikasi dan 80% lebih laju untuk pemindahan fail melalui AirDrop. Selain itu, rekaan antara muka kini lebih kemas dan juga responsif serta pengguna kini boleh menyesuaikan kesan Liquid Glass dalam sistem operasi dan antaramuka lebih kemas dan responsif.

iOS 27 menyokong 30 model bermula dari iPhone SE ke-2 ke atas, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13, siri iPhone 14, siri iPhone 15, siri iPhone 16, iPhone Air dan juga siri iPhone 17. Untuk memasang iOS 27 Public Beta, anda perlu mendaftar peranti melalui laman web Apple Beta. Lakukan log masuk dengan menggunakan Apple ID dan ikut arahan sehingga selesai.

Selepas selesai, pergi ke Settings > General > Software Update. Pada bahagian Software Update, pilih Beta Update kemudian pilih iOS 27 Public Beta. Sebelum melakukan pemasangan, pastikan sambungan rangkaian dalam keadaan baik dan stabil. Harus diingatkan, versi ini mungkin tidak berapa stabil untuk penggunaan harian dan mungkin terdapat pepijat.