Close

WhatsApp Web kini menyokong panggilan audio dan video

Ciri yang ditunggu akhirnya tiba, WhatsApp kini menyokong panggilan audio dan juga video secara terus melalui WhatsApp Web, tanpa perlu memasang aplikasi versi Desktop.

Melalui ciri ini, panggilan audio dan video secara peribadia atau berkumpulan boleh dilakukan dan semua panggilan akan dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung (End-to-End Encryption) serta tidak mempunyai had tempoh atau caj tambahan.

Menariknya, pengguna kini boleh memindahkan panggilan antara fon, WhatsApp Web dan aplikasi Desktop tanpa perlu menamatkan panggilan terlebih dahulu. Selain itu, terdapat juga beberapa ciri baru yang disokong seperti Screen Sharing, Reactions dan juga Tab Calls, papar sejarah panggilan dan senarai kegemaran.

Tidak ketingallan, ciri Noise Suppression turut tiba mengurangkan bunyi latar belakang sekali gus menjadikan suara lebih jelas ketika panggilan. Menurut Meta, ciri ini telahpun dilepaskan secara berperingkat dan dijangka akan tersedia pada semua pengguna dalam masa terdekat.

Meta memaklumkan bahawa semua ciri baharu ini sedang dilancarkan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN