Selepas diperkenalkan di China, DJI kini sedia untuk menawarkan Osmo Pocket 4P ke pasaran tempatan. Merupakan kamera gimbal kompak paling premium dalam siri Osmo Pocket dan model pertama dilengkapi dengan sistem dwi-kamera.

Osmo Pocket 4P dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 1-inci yang menggunakan teknologi LOFIC dan apertur f/2.0. DJI mendakwa teknologi tersebut membolehkan kamera menawarkan julat dinamik yang lebih baik untuk rakaman dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Kamera kedua menggunakan sensor 1/1.28 inci dengan lensa telefoto 60mm dan apertur f/1.8. Kamera ini menyokong sehingga 3x zum optikal serta 12x zum digital untuk memberikan pengalaman zum yang lebih baik untuk rakaman subjek dari jarak yang lebih jauh.
Kedua-dua kamera menyokong rakaman video 10-bit dengan profil warna D-Log 2 untuk fleksibiliti yang lebih tinggi Selain itu, Osmo Pocket 4P turut dilengkapi sistem gimbal mekanikal tiga paksi bersama teknologi penjejakan subjek pintar.
Dari segi rakaman video, kamera ini mampu merakam sehingga 4K 60fps, manakala rakaman gerak perlahan sehingga 4K 240fps. Untuk fotografi, ia menyokong sehingga 37MP dan terdapat mod panorama secara terbina. Turut menyokong storan dalaman 103GB dengan yang menyokong slot mikrosSD sehingga 1TB.
Osmo Pocket 4P turut dilengkapi dengan skrin sentuh OLED bersaiz 2-inci dengan kecerahan maksimum sehingga 1000 nits dan terdapat tiga mikrofon terbina untuk rakaman audio yang lebih baik. Dimuatkan dengan bateri 1545mAh dan menyokong pengecasan pantas, mampu mengecas dari 0% ke 80% dalam masa 18 minit. Tidak ketinggalan, Osmo Pocket 4P turut menyokong pelbagai aksesori dalam ekosistem Osmo.


Untuk pasaran tempatan, Osmo Pocket 4P Standard Combo ditawarkan pada harga RM2419, manakala untuk Vlog Combo pula ditawarkan pada harga RM2739.