Close

iPhone bakal sokong ciri ‘Handoff’ – Guna satu nombor pada dua iPhone

iPhone bakal menyokong satu ciri baru pada iOS 27 yang membolehkan pengguna menggunakan nombor telefon yang masa pada dua iPhone.

Ciri ini dinamakan sebagai ‘iPhone Handoff’, yang mana ia telahpun diumumkan ketika acara WWDC 2026 pada Jun lalu. Walaubagaimanapun, pada acara tersebut Apple tidak mendedahkan bagaimana ciri tersebut bekerja atau berfungsi.

Ciri ini boleh diaktifkan melalui Settings > Cellular. Pada permulaan proses, pengguna boleh memilih mana satu peranti utama dan peranti kedua. Peranti utama akan kekal mempunyai SIM, manakala peranti kedua akan mempunyai companion SIM.

Dengan ciri ini, pengguna boleh bertukar antara kedua-dua iPhone dengan mengekalkan nombor telefon yang sama. Ini bermakna pengguna tidak perlu mempunyai dua nombor berbeza sekiranya mereka kerap menggunakan dua iPhone.

Malangnya, ciri ini hanya menyokong eSIM sahaja dan memerlukan sokongan dari syarikat telekomunikasi. Selain itu, ciri ini memerlukan kedua-dua iPhone menjalankan sistem operasi yang sama iaitu iOS 27.

Buat masa ini, hanya T-Mobile dan Deutsche Telekom dikatakan berpotensi menjadi antara telco terawal yang menyokong ciri berkenaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN