Close

WhatsApp bakal tambah sokongan tiga akaun dalam satu aplikasi di iPhone

WhatsApp bakal mengembangkan lagi ciri multi-account dengan membolehkan pengguna iPhone menggunakan tiga akaun dalam satu aplikasi.

Sebelum ini, ciri tersebut hanya membolehkan pengguna iPhone menggunakan dua akaun dalam satu aplikasi. Terkini, ciri tersebut dijangka akan menyokong sehingga tiga akaun dalam satu aplikasi. Dengan sokongan ini, pengguna yang mempunyai tiga nombor telefon tidak lagi perlu bergantung kepada peranti kedua atau WhatsApp Business untuk mengurus akaun tambahan.

Seperti ciri sebelum ini, akaun ketiga akan mempunyai ruangnya tersendiri. Bermaksud sejarah perbualan, tetapan, media, sandaran setiap akaun tidak akan bercampur. Selain itu, pengguna boleh bertukar antara akaun secara terus melalui tetapan WhatsApp dan akaun yang sedang digunakan akan ditandakan.

Buat masa ini, sokongan tiga akaun masih lagi dalam fasa permbangunan. Tiada sebarang tempoh spesifik yang diumumkan oleh WhatsApp. Kita mungkin boleh menjangkakan ciri ini akan tiba dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN