Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd di bawah Kumpulan MYEG sebagai Ejen Pemungut bagi pihak JPJ yang berkuat kuasa hari ini iaitu 5 Oktober 2026.
Menurut Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli, keputusan itu dibuat selepas kumpulan MyEG gagal mematuhi terma dan syarat perjanjian yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan, termasuk melalui kaunter JPJ, dan juga aplikasi MyJPJ. Selain itu, tempahan Ujian Undang-Undang Berkomputer (KPP01) yang telah dibuat melalui saluran MYEG sebelum 5 Okt, ia masih dibenarkan dan boleh diteruskan seperti biasa.
Menurut laporan lain, kumpulan MyEG dikatakan masih belum menyerahkan kutipan lebih RM200 juta kepada kerajaan sejak Mei 2023. Jumlah tersebut melibatkan kutipan saman trafik, cukai jalan dan pembaharuan lesen memandu.
Dalam masa yang sama, JPJ menyatakan yang mereka kekal komited dalam memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memastikan setiap urusan dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti.