WhatsApp mungkin akan menyekat log masuk ke akaun jika menggunakan versi Android atau iOS lama atau tidak disokong.
Menurut maklumat, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri baru yang akan menyekat pengguna daripada log masuk ke akaun jika menggunakan Android atau iOS lama. Ciri ini akan ditawarkan melalui kemas kini pelayan tidak perlu memasang versi aplikasi WhatsApp tertentu.

WhatsApp akan memaparkan mesej atau notifikasi meminta pengguna mengemas kini peranti jika mengesan peranti menjalankan sistem operasi lama. Selain itu, pengguna tidak mempunyai pilihan untuk melangkau proses ini.
Walau bagaimanapun, WhatsApp buat masa ini masih belum menyenaraikan sistem operasi Android dan iOS yang akan terjejas dengan perubahan ini, langkah ini berkait rapat dengan aspek keselamatan.
Peranti yang menjalankan sistem operasi versi lama terdedahkan kepada isu keselamatan sekali gus memudahkan data atau maklumat dieksplotasi oleh penggodam. Dengan langkah ini, ia boleh mengurangkan risiko tersebut dalam masa yang sama WhatsApp dapat menawarkan ciri baru dengan lebih lancar dan stabil.