Close

Nothing OS 5.0 versi stabil kini tersedia untuk Nothing Phone (3)

Berita gembira untuk pengguna Nothing Phone (3), sistem operasi terbaru iaitu Nothing OS 5.0 versi stabil kini tersedia untuk dimuat turun.

Nothing OS 5.0 hadir dengan pelbagai ciri baru bersama dengan beberapa penambahbaikan untuk menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Dibina berasaskan kepada Android 17 dengan pelbagai perubahan yang lebih menarik seperti rekaan skrin utama dengan elemen lut sinar, ikon yang direka semula dan sokongan widget yang diperluas.

Dari segi prestasi, Nothing OS 5.0 dikatakan lebih pantas dengan pengurusan sistem yang lebih responsif dan animasi membuka aplikasi kini lebih lancar. Ciri AI turut dipertingkat melalui beberapa fungsi Essential dengan Essential Voice kini menawarkan transkripsi suara yang lebih pantas dan Essential Space kini menyokong Smart Collections untuk menyusung kandungan dengan lebih mudah.

Secara keseluruhan, Nothing OS 5.0 hadir dengan antara muka yang lebih segar, prestasi yang lebih lancar dan fungsi AI yang lebih berguna untuk penggunaan harian. Selain Nothing Phone (3), Nothing OS 5.0 akan turut tersedia pada model Nothing Phone terdahulu dan beberapa peranti CMF.

ARTIKEL BERKAITAN