Pengguna awal iPhone Duo dilaporkan berdepan masalah kerosakan skrin dalaman, dengan engsel atau hinge dikatakan menjadi punca kepada isu berkenaan.

Menurut beberapa laporan yang dikongsi oleh pengguna, kerosakan skrin dalaman tersebut menunjukkan corak yang hampir sama iaitu muncul garisan menegak di bahagian tengah skrin serta satu lagi garisan mendatar yang memanjang ke bahagian kanan skrin.

Masalah tersebut dikatakan berpunca daripada bahagian engsel, pengguna menyatakan engsel iPhone Duo terasa lebih keras daripada biasa sehingga memerlukan tenaga yang lebih untuk membuka peranti. Terdapat bunyi seperti sesuatu yang patah atau retak kedengaran dari bahagian engsel apabila dibuka. Selepas dari itu, muncul garisan kekal pada skrin dalaman peranti.

Pengguna menyatakan tiada sebarang ubah suai peranti yang dibuat dan tidak menggunakan peranti dengan cara yang luar biasa menyebabkan kepada kerosakan.
Berikutan dari masalah tersebut, Apple dan pengendali telekomunikasi dikatakan telah menghubungi pengguna yang terjejas untuk menawarkan penyelesaian. Pengguna yang terjejas dikatakan menerima unit gantian, namun disebabkan oleh stok iPhone Duo yang terhad ketika ini menyebabkan proses tersebut memerlukan masa yang lebih panjang.