Bekalan untuk iPhone Duo dijangka akan terus terhad untuk tempoh yang belum dapat dipastikan.
Perkara tersebut dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple iaitu John Ternus, ketika syarikat tersebut mengumumkan laporan kewangan untuk suku yang lalu. Permintaan iPhone Duo dikatakan melebihi jumlah unit yang mampu dibekalkan oleh Apple ketika ini.

Walaupun proses meningkatkan kapasiti pengeluaran berjalan seperti yang dirancang, namun Apple masih belum dapat menjangkakan bila bekalan iPhone Duo akan kembali seimbang dengan permintaan pasaran. Lebih menarik, Ketua Pegawai Operasi Apple iaitu Sabih Khan, turut menyatakan perkara yang hampir sama ketika sesi panggilan bersama penganalisis.
Menurut beliau, keadaan bekalan semasa sukar untuk diramalkan dan tiada sebarang tempoh atau jangka masa bilakah masalah kekurangan stok dapat diselesaikan.

iPhone Duo merupakan fon lipat pertama dari Apple, hadir dengan skrin luar bersaiz 5.4-inci dan skrin dalam bersaiz 7.6-inci. Kedua-dua skrin ini dilindungi dengan Ceramic Shield dan menggunakan binaan bingkai dari titanium gred 5 untuk menawarkan ketahanan yang lebih baik.
Di Malaysia, iPhone Duo ditawarkan pada harga bermula RM9499 untuk 256GB dan mencapai sehingga RM15,499 untuk 2TB. Tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Star White dan Night Sky.