Close

CelcomDigi perkenal pas perantauan Umrah – RM100 untuk data 100GB

CelcomDigi memperkenalkan pas perantauan khusus untuk pengguna yang bakal menunaikan Umrah dalam masa terdekat.

Pas perantauan Umrah 15 ditawarkan pada harga RM100 dengan tempoh sah selama 15 hari. Pas ini didatangkan dengan data 100GB berkelajuan 1Mbps, 30 minit panggilan keluar serta panggilan masuk tanpa had dari Malaysia.

Selain Arab, pas ini turut boleh digunakan di UAE, Qatar, Turkiye, Oman dan juga Kuwait. Sekali gus, membolehkan pengguna terus menikmati akses rangkaian di rantau Timur Tengah.

Untuk pelanggan sedia ada, pas ini boleh dilanggan lebih awal melalui aplikasi CelcomDigi pergi ke bahagian Roaming > pilih Arab Saudi > pilih pas perantauan anda. Selain itu, untuk bukan pelanggan rangkaian CelcomDigi anda boleh mendapatkan Pek eSIM Umrah menerusi kedai rasmi dan pengedar sah di seluruh Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN