Close

iPhone 12 Pro mempunyai prestasi 20 – 25% lebih pantas berbanding iPhone 11 Pro

                                 

Hasil ujian penanda aras bagi iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max telah muncul pada Geekbench.  Dan berdasarkan skor yang telah direkodkan ia hanya menunjukkan A14 hanya 20% lebih pantas dari A13 yang digunakan pada iPhone 11 Pro.

Satu ujian penanda aras yang dibuat pada iPhone 12 Pro menyenaraikan jumlah skor bagi single-core 1,597 dan multi-core 4,152, yang menyatakan ia 26% lebih pantas daripada skor single-core dan multi-score pada iPhone 11 Pro.

Skor bagi iPhone 11 Pro adalah 1,327 single-core dan 3,289 multi-core. Dan begitu juga pada iPhone 12 Pro Max yang sekitar 20-25% lebih pantas daripada iPhone 11 Pro Max, Namun, buat masa ini hanya terdapat dua hasil ujian sahaja.

Apple menyatakan, cip A14 Bionic adalah cip telefon pintar terpantas di pasaran ketika ini, dan yang pertama menggunakan teknologi binaan 5nm. 

Dengan intergrasi cip Neural Engine yang mengandakan 8-core kepada 16-core, menjadikan ia 80% lebih pantas untuk tugasan machine learning, seperti Deep Fusion bagi meningkatkan keperincian pada gambar.

ARTIKEL BERKAITAN