Close

Indonesia bakal haramkan penjualan barangan melalui media sosial

Indonesia merancang untuk mengharamkan penjualan barangan melalui platform media sosial. Pengharaman ini akan dikuatkuasakan di bawah undang-undang baharu.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan di Indonesia, penjualan barangan melalui platform media sosial akan mengancam pasaran luar talian. Selain itu, beliau turut menyatakan yang platform media sosial dan aktiviti perdagangan tidak boleh digabungkan.

Berikutan dari itu, undang-undang baharu yang akan dibentangkan bakal mengharamkan sebarang aktiviti jual-beli melalui media sosial dan akan mengasingkan platform e-dagang dan media sosial.

Susulan dari itu, wakil TikTok di Indonesia telah mengeluarkan kenyataan balas yang menyatakan pengasingan platform e-dagang dan media sosial akan menghalang inovasi dan akan merugikan peniaga dan pengguna Indonesia.

Undang-undang baharu ini dijangka akan memberi kesan kepada 2 juta peniaga TikTok Shop dan sektor e-dagang di Indonesia. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN