Close

HONOR X9b 5G akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

HONOR Malaysia dijangka akan memperkenalkan satu lagi peranti baharu untuk pasaran tempatan. Peranti tersebut adalah dari siri X iaitu HONOR X9b, siri ini lebih memfokuskan kepada keupayaan peranti yang lasak dan kukuh.

Melalui perkongsian HONOR Malaysia, memperlihatkan peranti ini akan hadir dengan rekaan panel belakang berasaskan kulit dengan pilihan warna jingga bersama penjenamaan HONOR di bahagian bawah. Turut dapat dilihat ia akan menggunakan rekaan kamera belakang jenis bulat dengan tetapan tri-kamera.

Rekaan sisi peranti ini dilihat menggunakan rekaan jenis melengkung dengan kemasan berkilat serta terdapat butang kuasa dan butang suara yang diletakkan pada sebelah kanan. Malangnya, rekaan skrin hadapan tidak didedahkan. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan yang ia akan menggunakan rekaan skrin melengkung seperti model sebelumnya.

Selain itu, HONOR Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi, tarikh pelancaran dan juga ketersediaan. Kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN