Close

HONOR Magic Vs2 dilancarkan – Cip Snapdragon 8+ Gen 1, paparan LTPO OLED dan engsel Titanium

HONOR, melalui satu acara pelancaran di China mengumumkan peranti boleh-lipat baharu iaitu Magic Vs2 yang merupakan pengganti kepada Magic Vs yang dilancarkan pada tahun lalu. Tampil dengan spesifikasilebih baik, rekaan yang lebih nipis dan engsel menggunakan binaan titanium Luban yang turut digunakan pada Magic V2.

Magic Vs hadir dengan skrin luar LTPO OLED 6.43″ 120Hz dan skrin dalaman LTPO OLED 7.9″ 120Hz. Tampil dengan rekaan yang sangat nipis dengan 10.7mm ketika dilipat dan hanya 5.1mm apabila dibuka. Selain itu, ia juga lebih ringan dengan 229gram berbanding Magic V2. 

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP ultra sudut lebar + 20MP. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Turut menyokong stylus pada skrin luar dan dalam serta menjalan sistem operasi MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.

Di China, HONOR Magic Vs2 dijual pada harga bermula CNY 6999 (RM4354) dan ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Glacier Blue, Coral Purple dan Velvet Black.

ARTIKEL BERKAITAN