OnePlus secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti boleh-lipat pertama iaitu OnePlus Open. Acara pelancaran tersebut akan diadakan di Mumbai, India pada 19 Oktober 2023.
OnePlus Open dijangka akan dilengkapi dengan skrin luar 6.31-inci dan skrin dalam 7.8-inci. Menggunakan skrin OLED yang dihasilkan oleh BOE bukan dari Samsung. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP utama + 48MP ultra lebar + 64MP telefoto dengan keupayaan 3x zum optik. Tampil dengan rekaan kamera berbentuk bulat dengan penjenamaan Hasselblad.
OnePlus Open dikatakan 37% lebih ringan dan menggunakan rekaan sisi lebih rata berbanding OPPO Find N2. Selain itu, OnePlus turut mengekalkan butang ikonik mereka iaitu alert slider pada OnePlus Open dan akan menggunakan teknologi engsel yang boleh ditutup dengan rapat tanpa sebarang ruang.
Dengan hari pelancarannya yang semakin hampir, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.