Xiaomi secara rasmi memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) baru mereka iaitu SU7 Ultra. Merupakan sebuah EV berprestasi tinggi dan dikatakan lebih berkuasa berbanding McLaren Speedtail dan Bugatti Chiron.
SU7 Ultra hadir dengan pelbagai peningkatan berbanding model SU7 yang lain. Menggunakan rekaan yang lebih lebar, lebih panjang dan lebih ringan. Dilengkapi dengan kemasan dari gentian karbon dengan rekaan yang diubah suai untuk menjadikan ia lebih aerodinamik.
Dibina menggunakan platform SU7 yang dipadankan dengan tri-motor elektrik dengan 2 motor HyperEngine V8 dan 1 motor HyperEngine V6s. Mampu menghasilkan kuasa sebanyak 1548 hp dan memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 1.9 saat. Kelajuan maksimum SU7 Ultra ini adalah sekitar 350 km/j.
Untuk bahagian dalaman, ia hadir dengan rekaan dan kemasan yang mewah. Kebanyakkan bahagian menggunakan kemasan gentian karbon dengan tema warna hitam dan kuning. Selain itu, ia turut menggunakan kemasan kulit alcantara pada bahagian tempat duduk dan stereng.
Untuk sistem brek, ia menggunakan Akebono 4-piston dengan cakera karbon seramik untuk memberi cengkaman brek yang lebih baik yang sesuai kenderaan berprestasi tinggi. Dilengkapi dengan teknologi bateri Qilin CATL 2.0 dengan kapasiti bateri 93.7 kWh. Menyokong pengecasan pantas pada 897V dengan kadar pengecasan 5.2C yang mampu mengecas dari 10% ke 80% hanya dalam masa 11 minit.
Di China, Xiaomi SU7 Ultra dijual pada harga sekitar CNY814,900 (RM501,294). Namun begitu, ia hanya terhad kepada 4000 unit sahaja. SU7 Ultra kini boleh dipra-tempah dengan penghantaran pertama bermula Mac 2025.