Close

Transaksi kad bank islam memerlukan pengesahan BIMB Secure – Tiada lagi SMS OTP

Bermula 15 Julai 2025, transaksi kad bank islam akan menggunakan pengesahan melalui BIMB Secure, tidak lagi menggunakan SMS OTP (One-Time Password).

Walau bagaimanapun, pengesahan melalui BIMB Secure hanya melibatkan transaksi dalam talian sahaja. Untuk transaksi lain seperti pembayar tanpa sentuh (contacless payment) dan pembelian di tempat jualan (POS) tidak memerlukan BIMB Secure.

Notifikasi BIMB Secure akan dihantar kepada peranti selepas transaksi atas talian dilakukan, kemudian pengguna perlu mengesahkan transaksi dengan menekan butang ‘authorize’ atau ‘reject’ yang dipaparkan.

Menurut Bank Islam, langkah ini diambil untuk meningkatkan keselamatan dalam masa yang sama melindungi pengguna daripada sebarang aktiviti penipuan atas talian. Maybank, CIMB dan Affin turut menggunakan langkah yang sama iaitu pengesahan melalui Secure bukan lagi menggunakan SMS OTP.

ARTIKEL BERKAITAN