HONOR bakal memperkenalkan peranti baru di bawah siri X iaitu HONOR X70 pada 15 Julai ini. Apa yang menjadi tumpuan, peranti ini akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar.

HONOR X70 akan dilengkapi dengan bateri sebesar 8300mAh yang menggunakan teknologi bateri silikon-karbon generasi ketiga. Dengan kapasiti bateri yang besar ia menjanjikan ketahanan bateri yang panjang untuk kegunaan harian. Bukan itu sahaja, peranti ini akan menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan tanpa wayar.

HONOR X70 dijangka akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 6 Gen 4, skrin jenis rata bersaiz 6.79-inci, kamera belakang 50MP dan menjalankan MagicOS 9 berasaskan Android 15. Dari segi konfigurasi memori, ia hadir dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.