Close

Infinix XPAD 20 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM599

Tablet terbaru dari Infinix iaitu XPAD 20 kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Tampil dengan spesifikasi menarik dan ditawarkan pada harga mampu milik.

Infinix XPAD 20 dilengkapi dengan skrin IPS LCD bersaiz 11-inci yang menyokong paparan 90Hz dengan kecerahan puncak 440 nits. Skrin tablet ini mempunyai TÜV Rheinland yang mengurangkan pendedahan cahaya biru dan keletihan mata ketika digunakan untuk jangka masa panjang.

Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 10W. Menggunakana kamera utama 8MP dan swafoto 5MP.

XPad 20 turut dilengkapi dengan Infinix AI dan pembantu suara yang dikuasakan oleh DeepSeek-R1. Selain itu, ia beberapa ciri menarik seperti AI Translation dan juga AI Screen Recognition. Tablet ini akan ditawarkan dengan dua pilihan varian LTE dan juga WiFi. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.2 dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 15.

Untuk pasaran tempatan, Infinix XPAD 20 ditawarkan dengan harga bermula RM599 untuk 6GB + 128GB dan RM799 untuk 8GB + 256GB. Setiap pembelian akan didatangkan kerangka percuma selagi stok masih ada. Bagi yang berminat, tablet ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Infinix di seluruh Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN