Ketua pasukan model teras AI (foundation models) untuk Apple Intelligence iaitu Ruoming Pang dikatakan telah meninggalkan Apple dan menyertai Meta.

Ruoming Pang merupakan ketua kepada pasukan yang membangunkan ciri Apple Intelligence seperti rumusan emel, Genmoji dan priority notifacations. Kehilangan Ruoming Pang dijangka akan memberi kesan kepada pasukan pembangunan AI untuk Apple.
Untuk menutup jurang dan mengejar Meta dan Google dalam AI, Apple dikatakan telah berunding dengan pihak ketiga seperti OpenAI dan Anthropic dalam usaha menambah baik kemampuan Siri dan juga AI.
Rouming Pang menyertai pasukan yang baru sahaja ditubuhkan oleh Mark Zuckerberg iaitu Meta Superintelligence Labs, memfokuskan kepada pembangunan teknologi AI canggih. Meta menunjukkan minat yang mendalam usaha untuk merekrut Rouming Pang dengan menawarkan pakej pampasan bernilai jutaan dolar.
Kedatangan Rouming Pang dijangka akan dapat memperkukuh kedudukan Meta sebagai pencabar utama dalam perlumbaan kecerdasan buatan generatif (Gen-AI). Bukan sahaja Apple, Meta turut menyasarkan jurutera AI dari syarikat lain seperti Huawei, OpenAI, DeepMind dan Anthropic.