Close

OnePlus Nord 5 dan Nord CE5 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1499

OnePlus Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru di bawah siri ‘Nord’ iaitu Nord 5 dan Nord CE5. Berbeza dengan model OnePlus yang lain, siri Nord menfokuskan kepada penawaran pada harga yang lebih mampu milik dalam masa turut menawarkan spesifikasi setanding peranti andalan.

OnePlus Nord 5 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 144Hz, kecerahan puncak 1800 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass 7i. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan 50MP swafoto. Dimuatkan dengan bateri 6800mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Peranti ini turut dilengkapi dengan butang Plus Key untuk pintasan aplikasi, tetapan notifikasi dan sebagainya.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti NFC, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster dan menjalankan OxygenOS 15 berasaskan Android 15. Peranti ini turut menyokong pelbagai ciri OnePlus AI seperti AI Eraser, AI Summary, AI Reply dan lain-lain.

Untuk OnePlus Nord CE5 pula, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1430 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8350 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Turut menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar 7100mAh yang menyokong pantas 80W dengan ciri bypass charging.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti NFC, pembesar suara jenis mono, pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster dan menjalankan OxygenOS 15 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, OnePlus Nord CE5 dijual pada harga RM1499 untuk 8GB + 256GB manakala untuk OnePlus Nord 5 pula dijual pada harga RM2299 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 8 hingga 18 Julai. Setiap pra-tempahan akan menerima rebat sehingga RM150 dan juga hadiah percuma.

ARTIKEL BERKAITAN