realme telah menjadualkan acara pelancaran untuk peranti baru mereka iaitu realme 15 dan realme 15 Pro pada 24 Julai ini di India.
A frame fit for a star.
— realme (@realmeIndia) July 8, 2025
Vicky Kaushal joins the realme family with the all-new #realme15Series5G, and steps into his sharpest frame yet.
Live Real in Every Shot with #realme15Pro5G #AIPartyPhone
Launching on 24th July, 7 PM.
Know More:https://t.co/sXUtmw9SHq… pic.twitter.com/Ryf3ZRtUuO
Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi untuk realme 15 dan realme 15 Pro. Walau bagaimanapun, menurut realme peranti ini akan hadir dengan pelbagai peningkatan menarik seperti rekaan, spesifikasi, kamera dan juga fungsi AI.

Perkara menarik mengenai peranti ini, ia bakal hadir dengan ciri baru iaitu AI Edit Genie merupakan alat suntingan gambar berasaskan suara. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menyunting foto hanya melalui arahan suara sahaja.
Peranti ini akan ditawarkan dengan pilihan warna yang menarik iaitu velvet green, flowing silver, silk purple dan juga silk pink. Dengan pelancaran yang semakin hampir, realme dijangka akan mengumumkan beberapa maklumat menarik mengenai peranti ini secara berperingkat menjelang pelancaran