Close

Samsung Galaxy Z Flip7 dan Flip7 FE turut tiba di Malaysia dengan harga bermula RM3399

Samsung turut memperkenalkan dua telefon lipat jenis clamshell baru untuk pasaran tempatan iaitu Galaxy Z Flip7 dan Flip7 FE. Apa yang menarik, ini kali pertama Samsung menawarkan model ‘FE’ di bawah siri Galaxy Z Flip.

Galaxy Z Flip7 hadir dengan skrin dalaman dan luaran yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Skrin dalaman bersaiz 6.9-inci Dynamic AMOLED 2X FHD+ manakala skrin luaran pula bersaiz 4.1-inci Super AMOLED. Sebagai perbandingan, Galaxy Z Flip6 menggunakan skrin dalaman bersaiz 6.7-inci dan skrin luaran pula 3.4-inci.

Selain itu, kedua-dua skrin menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengna Gorilla Glass Victus 2. Dijana dengan cip Exynos 2500 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateri 4300mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang sensor utama 50MP Utama + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 10MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP48, pembesar suara jenis stereo, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan One UI 8 yang berasaskan Android 16.

Untuk Galaxy Z Flip7 FE, ia hadir dengan skrin utama bersaiz 6.7-inci Dynamic AMOLED 2X FHD+ dengan paparan adaptif 120Hz. Manakala, untuk skrin luaran ia menggunakan saiz 3.4-inci Super AMOLED dengan resolusi 720 x 748.

Dijana dengan cip Exynos 2400 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang namun dengan sensor utama yang dipertingkat iaitu 50MP Utama + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 10MP.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP48, pembesar suara jenis stereo, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan One UI 8 yang berasaskan Android 16.

Di Malaysia, Galaxy Z Flip7 dijual pada harga bermula RM4999 untuk 12GB + 256GB, RM5599 untuk 12GB + 512GB. Manakala untuk Galaxy Z Flip7 FE, ia dijual pada harga bermula RM3999 untuk 8GB + 128GB dan RM4299 untuk 8GB + 256GB.

Untuk Galaxy Flip7 ia ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitui Jetblack, Blue Shadow, Coralred dan Mint. Manakala untuk Galaxy Z Flip7 FE ia ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Black dan White. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 31 Julai 2025.

ARTIKEL BERKAITAN