BYD merancang untuk memperkenalkan teknologi Megawatt Flash Charging di Malaysia. Sekaligus, menjadikan Malaysia negara terawal di Asia Tenggara menerima teknologi pengecasan tersebut.
Menurut Pengarah Urusan BYD Malaysia iaitu Jacob Ma, untuk permulaan teknologi pengecasan tersebut akan ditawarkan di beberapa showroom dan pusat servis BYD dan Denza terpilih. Buat masa ini, BYD sedang menjalankan kajian berkaitain perlaksanaan untuk teknologi tersebut.

Teknologi Megawatt Flash Charging mampu menawarkan kuasa pengecasan maksimum sehingga 1500kW (1.5MW) dengan menggunakan seni bina 1000V serta arus pengecasan 1000A, digabungkan bersama sistem Battery Energy Storage System (BESS). Selain itu, teknologi pengecasan ini turut menyokong Super e-Platform.

Dengan teknologi ini, ia mampu mengecas dari 10% ke 70% hanya dalam masa 5 minit manakala dari 10% ke 97% pula mengambil masa sekitar masa 9 minit. Kemampuan ini, menjadikan sistem pengecasan ini antara yang terpantas yang pernah diperkenalkan.
Menariknya, stesen pengecasan Megawatt Flash Charging dijangka akan turut boleh digunakan pada EV jenama lain pada masa hadapan. Namun begitu, buat masa ini teknologi tersebut khusus untuk EV dari jenama BYD yang menggunakan Super e-Platform.