Close

WhatsApp untuk Android mungkin hadir dengan butang navigasi baru

WhatsApp dilaporkan sedang menguji butang navigasi baru untuk peranti Android, memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan lebih moden.

Merujuk kepada laporan WABetaInfo, perubahan tersebut telahpun dikesan melalui WhatsApp Beta untuk Android versi 2.26.38.10. Perubahan rekaan ini dikatakan lebih terarah kepada bahagian navigasi di bawah skrin dengan WhatsApp sedang membangunkan semula butang navigasi yang lebih moden, selain menambah elemen baru pada bahagian tersebut.

Antara perubahan yang paling ketara adalah Meta AI akan diletakkan terus pada bahagian navigasi, berbanding sebelum ini yang diletakkan secara terapung. Selain itu, bahagian navigasi baru ini akan menggunakan rekaan yang lebih bujur dan mempunyai tahap ketelusan yang lebih tinggi.

Rekaan ini boleh dikatakan mirip seperti mana yang ditawarkan pada aplikasi WhatsApp untuk iOS. Walau bagaimanapun, rekaan ini masih lagi dalam fasa pembangunan dan mungkin terdapat banyak perubahan yang akan dibuat menjelaang ketibaannya.

Berdasarkan laporan WABetaInfo, perubahan tersebut dikesan dalam WhatsApp Beta untuk Android versi 2.26.38.10. Buat masa ini, ia masih dalam peringkat pembangunan dan mungkin mengambil masa beberapa minggu lagi sebelum reka bentuk baharu ini tersedia kepada semua pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN