Close

Cara elak kena tambah dalam ‘group random’ di WhatsApp

Umum mengetahui, WhatsApp Group membolehkan pengguna berkongsi pelbagai maklumat dengan lebih mudah. Namun, terdapat pengguna yang tidak bertanggungjawab menambah ahli ke dalam kumpulan yang tidak diketahui atau tidak sepatutnya

Secara asasnya, WhatsApp membenarkan sesiapa sahaja menambah anda ke dalam kumpulan melalui nombor telefon. Walaubagaimanapun, terdapat cara untuk menghalang perkara tersebut dengan mengubah tetapan privasi untuk kumpulan.

Cara ubah tetapan privasi untuk kumpulan :

  • 1- Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke ‘Settings’
  • 2- Pilih ‘Privacy’ kemudian pilih ‘Group’
  • 3- Pada bahagian Group pilih ‘My Contacts’

Terdapat 3 pilihan pada tetapan untuk kumpulan iaitu Everyone, My Contacts dan My Contacts Except. Everyone membolehkan pengguna bukan kenalan menambah anda ke dalam kumpulan. Untuk My Contacts, hanya kenalan sahaja boleh menambah anda ke dalam kumpulan. Manakala My Contacts Except, hanya kenalan terpilih sahaja yang boleh menambah anda ke dalam kumpulan.

Selain itu, tetapan privasi kumpulan ini hanya tersedia melalui aplikasi sahaja. Bermaksud, ia tidak tersedia pada WhatsApp Web atau Desktop. Namun, apabila perubahan tetapan dibuat ia akan diselaraskan pada WhatsApp Web dan Desktop. Selain itu, cara ini mungkin berbeza untuk peranti iOS dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN