Close

AirPods dijangka menyokong fungsi terjemahan bahasa masa nyata pada tahun ini

Apple dijangka akan memperkenalkan fungsi terjemahan bahasa masa nyata pada AirPods. Fungsi tersebut akan diberikan melalui kemas kini yang dijangka tiba pada tahun ini.

Seperti namanya, fungsi ini membolehkan AirPods menterjemah bahasa secara masa nyata dan terus ke iPhone. Sebagai contoh, jika pemanggil menggunakan dua bahasa yang berbeza seperti Inggeris dan Korea, fungsi ini secara automatik akan menterjemahkan perbualan.

Menariknya, fungsi ini tidak memerlukan sebarang aplikasi tambahan bermaksud ia akan dintergrasikan secara terus pada AirPods dan iPhone. Sebagai rekod, fungsi seperti ini telahpun diperkenalkan oleh Apple pada 2020 dengan nama Translate. Fungsi tersebut mempunyai kemampuan untuk menterjemah teks atau perbualan secara manual.

Namun, dengan fungsi baru ini ia membawa peningkatan yang lebih tinggi dan boleh dilakukan secara automatik serta mudah untuk digunakan. Ketibaan fungsi ini dijangka akan dapat menjadikan komunikasi lebih lancar dan lebih baik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN