Maybank melalui laman web rasmi mereka menyatakan beberapa perkhidmatan mereka tidak boleh diakses pada 10 Mei dan 17 Mei 2025.
Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem secara berkala untuk memastikan pengalaman penggunaan lebih baik pada masa akan datang. Sekaligus, menyebabkan beberapa perkhidmatan perbankan tidak boleh diakses sementara waktu.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti perkhidmatan ATM tidak boleh digunakan dari jam 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi pada Sabtu, 10 Mei 2025 dan Sabtu 17 Mei 2025. Selain itu, perkhidmatan seperti DuitNow Transfer, DuiNow Request, DuitNow QR, JomPaY, Interbank GIRO, FPX, dan Debit Mandate melalui Maybank2u web, aplikasi MAE, serta Maybank2u Biz (web dan aplikasi) juga tidak boleh diakses dari jam 3:00 pagi hingga 8:00 pagi pada tarikh sama.
Berikutan dari itu, Maybank menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut atau bantuan layari laman web rasmi Maybank.