MSI melalui acara COMPUTEX 2025 telah memperkenalkan konsol mudah alih baru mereka iaitu Claw A8 BZ2EM. Konsol mudah alih ini tidak dikuasakan dengan cip dari Intel sebaliknya menggunakan cip dari AMD iaitu Ryzen Z2 Extreme.

MSI Claw A8 BZ2EM hadir dengan skrin IPS bersaiz 8-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip AMD Ryzen Z2 Extreme yang dipadankan dengan RAM 24GB LPDDR5X dan storan dalaman 1TB PCIe Gen4 SSD.
Dimuatkan dengan bateri 80Whr yang menyokong pengecasan pantas 65W USB Type-C PD 3.0. Dari segi sambungan, ia hadir dengan 2x Thunderbolt 4/DP/USB Type-C, 1x slot kad mikroSD dan 1x bicu audio. Konsol ini menjalankan sistem operasi Windows 11 Home.

Secara asasnya, MSI Claw A8 hadir dengan rekaan dan spesifikasi yang hampir sama seperti mana model Intel. Perbezaaan ketara adalah pada cip yang digunakan dan juga konfigurasi RAM yang lebih rendah. Buat masa ini, MSI belum lagi mendedahkan maklumat mengenai ketersediaan dan juga harga jualannya.