Pihak berkuasa penerbangan China (CAAC) mengharamkan atau melarang penumpang daripada membawa atau menggunakan power bank yang tidak mempunyai pensijilan keselamatan rasmi China (3C) atau yang telah ditarik balik oleh pengeluar kerana isu keselamatan.

Melalui arahan tersebut, semua power bank perlu mempunyai pensijilan 3C dan power bank yang ditarik balik oleh pengeluar tidak dibenarkan untuk dibawa. Arahan atau perlaksanaan ini dikeluarkan selepas terjadinya beberapa insiden global melibatkan power bank terbakar semasa penerbangan.
Pada Januari 2025, pesawat Air Busan telah terbakar dipercayai berpunca dari power bank. Seterusnya pada Mac 2025, Hong Kong AirLines terpaksa mendarat semula disebabkan berlakukan kebakaran dalam ruang bagasi bahagian atas.
Sebelum ini, MAS dan Batik Air turut melakukan perkara yang sama dengan mengeluarkan garis panduan baru untuk penggunaan power bank dalam penerbangan.