Siri Google Pixel 10 dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sekitar Ogos ini. Seiring dengan itu, beberapa maklumat mengenai peranti tersebut telahpun tertiris.
Terbaru, spesifikasi untuk Google Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL telahpun tertiris sekaligus memberikan gambaran awal mengenai peranti tersebut. Kedua-dua peranti ini akan dikuasakan dengan cip Tensor G5 dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang 50MP + 48MP Ultra Lebar dan 48MP Telefoto.
Perbezaan ketara pada kedua-dua model ini adalah pada skrin, konfigurasi memori, kapasiti bateri dan pengecasan. Untuk Pixel 10 Pro, ia hadir dengan skrin 6.3-inci, memori bermula 128GB, bateri 4870mAh dan pengecasan 29W. Manakala untuk Pixel 10 Pro XL, ia menggunakan skrin bersaiz 6.8-inci, memori bermula 256GB, bateri 5200mAh dan pengecasan 39W.
Terdapat peningkatan kapasiti bateri untuk Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL berbanding model sebelumnya iaitu 4700mAh untuk Pixel 9 Pro dan 5000mAh untuk Pixel 9 Pro XL.